Latihan Tatabahasa

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boeh memberikan imbuhan pada perkataan tersebut.

    (i)     dingin


  •      Penghawa dingin di surau tersebut telah rosak akibat dibaling batu.
  •      Anita seorang yang bersikap dingin bagi Qistina.

    (ii)    diam


  •     Kita perlulah diam ketika berada di dalam Perpustakaan.
  •     Taniya diam ketika gurunya sedang mengajar kerana ingin menghormati gurunya itu.

    (iii)   haus


  •     "Jika haus, minumlah air saya," pelawa Azim kepada rakannya, Aniq.
  •     Kanak-kanak itu meminta air kerana sangat haus.


b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

    (i)     Tarian zapin ditarikan oleh kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu dengan lemah gemalai mengikut alunan rentak dan iramanya.


  •    Kumpulan penari Warisan Johor telah menarikan sebuah tarian zapin mengiku alunan rentak dan iramanya dengan lemah gemalai.


    (ii)    Seorang pemain diberi kad kuning oleh pengadil perlawanan bola sepak itu kerana mengasari lawan.


  •    Seorang pengadil perlawan bola sepak telah memberikan kad kuning kepada seorang pemain kerana mengasari lawannya.

    (iii)   Dua kilogram langsat dibeli oleh Syakirah di sebuah gerai dalam perjalanan pulang ke Muar.


  •    Di dalam perjalanan pulang ke Muar, Syakirah telah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai. 


c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    (i)     Shazwan menghadiahkan ibunya seutas jam tangan kerana meraiekan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat.


  •    Shazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana meraikan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat.


    (ii)    Proses pengtinan nenas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun.


  •    Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun.


    (iii)   Kakak selalu menggunakan losyen melembab muka sebelum dia tidur.


  •    Kakak selalu menggunakan losen pelembap muka sebelum dia tidur.


d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    (i)     Murid-murid di sekolah itu saling bantu-membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan gersang di belakang kantin sekolah.


  •     Murid-murid di sekolah itu saling membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan lapang di belakang kantin sekolah.


    (ii)    Senarai peserta-peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan pada pengetua untuk diluluskan.


  •    Senarai peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserakan kepada pengetua untuk diluluskan.


    (iii)   Orang yang berusaha rajin kebanyakannya adalah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa untuk mencapai segala impiannya.


  •    Orang yang berusaha kebanyakannya ialah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa untuk mencapai segala impiannya.

SUMBER DARI : https://pppnukm.wordpress.com/ - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU


  

Comments