Skip to main content

JURNAL HARIAN : Ilmu

PRINSIP PENETAPAN PANGGILAN HORMAT GELARAN WARISAN DAN KURNIAAN

selangor-SSSA
Penetapan panggilan hormat ini berasaskan kepada kepada kesesuaian panggilan kepada orang yang dipanggil atau dihormati, sebagai contoh :
Yang Amat Mulia / Yang Mulia – Anak-Anak Raja memerintah dan kerabat Raja yang dianggap oleh masyarakat melayu sebagai golongan yang dimuliakan
Yang Amat Berhormat – Ketua Kerajaan dan Timbalan Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat Yang Berhormat
Yang Amat Berbahagia – Pembesar-pembesar Negara yang membawa gelaran Tun dan orang-orang kenamaan yang menerima gelaran Tan Sri dan Datuk Yang Berbahagia
Seringkali diucapkan atau ditulis dalam memo-memo jabatan panggilan hormat sesorang dengan diikuti nama jawatannya tanpa menyebut atau menulis nama penjawat jawatan tersebut.
Perkara ini tidak tepat kerana penggunaan panggilan hormat adalah untuk penjawatnya bukan jawatan yang disandang seperti berikut :
Y.Bhg Datu Ose Murang
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
(Keselamatan, Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat)
bukannya :-
Y.Bhg Datu TSUK
Jabatan Ketua Menteri
Pastikan Panggilan Hormat yang kita gunakan ke atas seseorang itu tepat dan betul. Penggunaan Panggilan Hormat yang salah akan menyinggung perasaan atau merendahkan martabat VIP yang berkenaa.
Terdapat beberapa isu dan permasalahan yang timbul daripada ketidak seragaman dalam panggilan hormat di setiap Negeri.
Panggilan hormat tertentu diperolehi kerana dianugerahkan sesuatu darjah kebesaran, manakala gelaran-gelaran akademik diperolehi setelah mencapai sesuatu tingkat dalam bidang akademik. Anugerah-anugerah tersebut membawa panggilan hormat sedangkan gelaran-gelaran akademik tiada. Oleh itu penggunaan panggilan hormat bagi golongan akademik ialah seperti berikut namun segala gelaran tersebut gelaran keturunan keluarga lebih tinggi dari kedua-dua gelaran di atas, sebagaimana kemulian Raja Pemerintah negeri dan Sistem Raja Berparlimen didalam negara sebagaimana di sebut Panggilan-Panggilan Diraja:
Gabungan Gelaran
Yang Berbahagia Datuk Prof. Dr. Ibrahim Bin Samad
bukannya
Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Ibrahim Bin Samad
Warisan + Kurniaan kerajaan + Akademik/ ikhtisas + Keagamaan.
Tengku Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Ahmad Rithauddeen Al-Haj
Bukan :-
Kurniaan kerajaan + Akademik/ ikhtisas + Warisan + Keagamaan.
Tan Sri Dato’ Seri + (Dr) + Tengku + Ahmad Rithauddeen + Al-Haj
Ataupun
Yang Mulia Tan Sri Dato’ Seri Raja Arshad Bin Raja Sir’ Tun Uda.
Tetapi sebenarnya adalah
Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Bin Raja Sir’ Tun Uda.
PERSOALANNYA kalau YANG MULIA Tan Sri ataupun YANG MULIA Dato’. Maka dimana letakkan martabat PANGGILAN HORMAT RAJA, sedangkan SEGALA KEMULIA ITU DIBAWAH RAJA YANG DIPERTUAN MEMERINTAH NEGERI.
Gambar Hiasan : Darjah Kebesaran Sultan Sharaf uddin Idris Shah Gelaran : Dato’ Sri Setia – SSIS

Comments