FALSAFAH

Apa itu Falsafah?

Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud 'sukakan hikmah/cintakan hikmah'. Perkataan ini diciptakan oleh Pythagoras. Manakala ahli falsafah pula bermaksud 'orang yang menyintai hikmah'. Perkataan cinta melibatkan kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga. Ia juga melibatkan tindakan yang bersungguh terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula membawa konotasi yang berhubung dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas.

Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini dapat di lihat dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf Islam mahupun Barat. Selain dari itu, tidak terdapat makna yang sepakat dari kalangan ahli falsafah tentang makna falsafah itu sendiri, makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para ahli falsafah.

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah".
Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
*Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas
*Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri.



Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Tetapi, berfalsafah di sini bermaksud berfikir secara falsafah. Berfalsafah merupakan satu tanda yang penting bagi bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai inti dalam falsafah. Berfikir secara falsafah ini harus mengandungi tiga ciri, iaitu:
Radikal
Ini bermaksud bahawa berfalsafah merupakan corak pemikiran yang ketuntasan, dengan ini dapat berfikir dengan sedalam-dalamnya sehingga kepada akar bagi sesuatu masalah.
Sistematik
Berfikir sistematik ialah berfikir logik, yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan turutan yang tersusun.
Sejagat
Sejagat bermaksud umum. Dalam corak pemikiran ini, pemikiran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi jawapan keseluruhan bagi sesuatu persoalan.
 
SEKIAN, TERIMA KASIH.... ^^









Comments