Sastera

APA ITU SASTERA?

  • Bahasa Sanskrit  iaitucastra  dan disebutsyastramembawa erti kitab suci.
  • Satu bidang Seni Kreatif
  • Sastera sebagai cerminan masyarakat refleksi  kehidupan sebenar manusia atau
fenomena sekitarnya yang diterjemahkan  secara  halus dan berhemah oleh penulis.

Sastera dari segi Bahasa
S- Seni Bahasa
A- Akaliah
S- Sensitiviti
T-  Tersurat dan Tersirat
E- Estetika
R- Realiti
A- Alternatif/Pelepasan Minda
Makna Tersurat dan tersirat.
Pemahaman berdasarkan  imej-imej  atau simbol yang diungkapkan melalui  unsur  bahasa .
Wujud kepelbagaian makna; makna  simbolik  di sebalik kata-kata tertentu sehingga  berhasil
meningkatkan nilai karya itu sendiri.
Estika
Nilai estetika ini  relatif sifatnya.
Nilai  keindahan dalam  karya  wujud secara bersepadu dengan unsur-unsur lain.

SENI BAHASA
  1. Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan seseorang mengungkap,memahami keindahan dan menghargai bahasa.
  2.  Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa melalui teknik penyampaian yang menarik.
  3. Pembentukan ayat yang menggunakan simile,peribahasa dan lain-lain juga menampakkan keindahan Bahasa Melayu.
AKALIAH
  1. Sesuatu hasil sastera yang merupakan perutusan, amanat serta lontaran idea penulis yang ingin disampaikan dan dikongsi bersama oleh pembaca.
  2. Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sebuah karya.
SENSITIVITI
  1. Gabungan daya rasa (sensori) atau sensitiviti.
  2. Karya sastera yang berjaya meninggalkan kesan kepada pembacanya.
  3. Mewujudkan pelbagai rasa seperti sedih,simpati,benci,marah dan sebagainya terhadap fenomena yang dipaparkan.
TERSURAT DAN TERSIRAT
  1. Pelbagai makna simbolik di sebalik kata-kata tertentu sehingga berjaya menghasilkan meningkatkan nilai karya itu sendiri.
  2. Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat dengan persekitaran.
  3. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan.
  4. Namun, tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat.
ESTETIKA
  1. Nilai keindahan dalam karya.
  2. Wujud secara bersepadu dengan unsur-unsur lain.
  3. Selain pemikiran,gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika (keindahan) dalam sesebuah karya.
REALITI
  1. Sebuah karya sastera merupakan cermin realiti kehidupan.
  2. Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat.
  3. "sastera merupakan cerminan masyarakat"-refleksi kehidupan sebenar manusia atau fenomena jika diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh penulisnya.
ALTERNATIF
  1. Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan dan rasa yang terbuku di dada.
  2. Sastera adalah "alat pelepasan nilai bahasa dan jeritan naluri manusia sejagat" (A. Samad Said :1996)
  3. Sastera bukan milik peribadi seniman atau penyair bahkan sastera adalah asas manusia untuk merasa memiliki.
KATEGORI KESUSTERAAN MELAYU

 PROSA & PUISI


PROSAPROSA KLASIK
           -PROSA MODEN
PUISI   - PUISI KLASIK
           - PUISI MODEN

PROSA KLASIK                                 PROSA MODEN             

Sastera rakyat                                 Cerpen
Sastera pengaruh Hindu                   Novel 
Sastera zaman peralihan                  Drama
Sastera pengaruh Islam
Sastera panji
Sastera sejarah
Sastera ketatanegaraan
Sastera undang-undang
Sastera saduran
Cerita berbingkai

PUISI KLASIK                                   PUISI MODEN

Pantun                                            Sajak
Syair
Peribahasa
Teromba
Talibun
Nyanyian kanak-kanak
Jampi mantera
Gurindam
Seloka
Nazam

Sastera bukan milik peribadi seniman atau penyair bahkan sastera adalah milik  manusia sejagat yang menjadi asas untuk merasa  memiliki.
SEKIAN, TERIMA KASIH...








Comments