Laporan Kem Badan Beruniform di Kem Sri Raudhah
Pada Jumaat yang lalu, Pusat PERMATApintar Negara telah mengadakan kem badan beruniform di Kem Sri Raudhah, Gombak, Selangor selama 3 hari dan  2 malam. Seramai 386 pelajar yang menyertai kem tersebut serta 7 orang guru penasihat. Kesemua pelajar tersebut telah disediakan 9 buah bas untuk ke sana. Tempat tersebut merupakan tempat yang bertamakan kampong pendalaman di dalam hutan.

Objektif kem ini adalah untuk melatih pelajar PERMATApintar untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Melatih diri untuk berdikari, mementingkan masa, bertanggungjawab dan amanah pada tugas yang diberi.

Sebelum bertolak, kami dikumpulkan di dewan serbaguna untuk mendengar taklimat oleh Dr. Rorlinda. Beg pakaian dikumpulkan mengikut kumpulan nombor bas. Selepas mendengar taklimat tersebut, kami bertolak tepat pada pukul 3.30 petang.


Kami tiba di Kem Sri Raudhah pada pukul 5.20 petang. Kami dikumpulkan di dataran dan disambut baik oleh para fasilitator. Semasa menunggu bas selainnya untuk tiba, kami menunaikan solat Asar berjemaah dan kembali semula di dataran. Selepas kesemuannya telah berkumpul, kami diberi bilik dan setelah mengemas barang di bilik, kami kembali semula untuk solat Maghrib. 

Selepas menyelesaikan solat Maghrib, kami pergi ke makan  malam dan seterusnya solat Isyak. Selepas solat Isyak, kami dibahagikan kepada 20 kumpulan dan diarahkan untuk melukis logo dan membina kata semangat kumpulan. Selepas itu, kami terus tidur.

Keesokkan harinya, kami 'jungle trekking'. Memasuki hutan dan memandi sungai. Petangnya pula, kami melakukan aktiviti, 'Survival Cooking'. Iaitu memasak menggunakan bara api. Setiap kumpulan diberikan telur mentah danperlu memasak menggunakan tanah liat.

Petang itu, kami menyelesaikan solat asar dahulu dan pembentangan masakan oleh setiap ketua kumpulan. dan kami pulang ke dorm masing-masing untuk membersihkan diri. Selepas itu, solat magrib dan makan seterusnya solat isyak.

Esoknya, pada hari Ahad. Kami melakukan pembnetangan logo, cheers dan bendera.

Comments