JURNAL HARIAN

Hari ini, saya berasa amat kecewa. Ianya kerana, saya demam lagi sekali. Awal pagi tadi saya dah kembali sembuh. Saya berasa amat gembira. Tapi kegembiraan itu tidak berterusan... Sewaktu kelas Fizik tengah hari tadi, badan saya kembali panas.  Saya hendak ke klinik tetapi tidak tahu guru siapa yang bertugas. Saya hanya duduk di bilik dan baring. Amat penat selepas makan tengah hari.


    Saya bangun pada pukul 3.50 ptg dan menyelesaikan solat Zohor. Dan saya kembali tidur semula. Saya bagun pada pukul 6 ptg. Lalu menyelesaikan solat Asar. Selepas itu, saya tiak turun makan malam kerana terlalu penat untuk turun ke Dewan Makan. Jadi, saya terus ke tandas untuk mandi. Saya selesai membersihkan diri saya pada pukul 7.10 ptg. 1 jam dan 10 minit. Amat lama bukan? Ahaahhahaha.. J Setakat ini sahaja jurnal saya.

Assalamualaikum, sayang semua... ^-^

Comments