JURNAL HARIAN


BERITA TERKINI : GEMPA BUMI KUAT GEGAR EDUARDO



Satu gempa bumi berskala Richter 6.4 melanda utara Ecuador pada lewat Ahad , di kawasan yang sama di mana sebuah gempa bumi kuat berlaku pada pertengahan April.








QUITO: Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud men/kggegarkan utara
Ecuador pada lewat Ahad, di lokasi sama sebuah gempa bumi kuat berlaku
 pada pertengahan April. 



Menurut laporan Agensi Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS),
pusat gempa itu terletak 41 kilometer (25.5 batu) dari selatan bandar Propicia
bersebelahan bandar Esmeraldas 154 kilometer (96 batu) timur laut ibu
negara Quito.

Gempa bumi yang melanda pada 9.11 malam (0211 GMT Isnin) tersebut
merupakan susulan kepada gempa bumi berukuran 5.9 magnitud yang
berlaku hanya beberapa minit lebih awal dengan pusat gempa.

Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan setakat ini.

Pusat gempa kedua-dua gegaran adalah pada kedalaman yang cetek, iaitu
 35 kilometer, kata agensi tersebut.

Ecuador masih terasa bahang dari maut gempa bumi berskala 7.8 magnitud
 yang melanda pada 16 April  dan mengorbankan kira-kira 700 orang.
Gempa bumi itu memusnahkan turut rumah dan bangunan sepanjang pantai
Pasifik

Comments