KEJOHANAN BADMINTON SIRI SUPER TERBUKA
JEPUN
Pemain badminton sensasi negara, Datuk Lee Chong
Wei berjaya menundukkan seteru utama dari China, Lin Dan pada final kelmarin
dalam pertarungan rubber set, 22-20, 16-21, 21-17. Kejayaan Lee Chong Wei yang
juga pilihan pertama kejohanan gagal diiringi oleh satu lagi finalis, pasangan
beregu emas negara, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong yang tewas kepada beregu
China, Fu Haifeng-Can Yun 21-18, 14-21, 12-21. Kekalahan ini bermakna mereka
juga gagal menebus kehampaan pada Kejohanan Dunia pada bulan lepas kepada lawan
sama.
PIALA MALAYSIA
Semalam telah berlangsung perlawanan ulangan antara Pahang
dan Kuala Lumpur yang berkesudahan Pahang menewaskan Kuala Lumpur 5-2. Gol-gol
Pahang hadir menerusi jaringan Fazli Baharudin pada minit ke-30, Azamuddin Akil
pada minit ke-45 untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Separuh kedua
bertambah rancak apabila Pahang terus menambah jaringan gol menerusi R.
Karthigesu pada minit ke-64.
Kuala Lumpur cuba bangkit melalui dua jaringan gol
menerusi Badrul Hisyam Azmi pada minit
ke-60 dan Ahmad Hazwan Bakri seminit kemudian. Bagaimanapun kebangkitan Kuala
Lumpur dipatahkan menerusi jaringan sepakan percuma Saiful Nizam Miswan pada
minit ke-70. Famirul Asraf Sayuti melengkapkanmalam gemilang Pahang dengan
jaringan kelima pada minit ke-85. Kegembiraan jelas terpancar di wajah pengurus
Pahang, Dollah Salleh apabila anak buahnya berjaya mendapat tiga mata penuh.
Kita ikuti temuramah antara pengurus Pahang dengan rakan setugas saya, Nazmi
Azeri. Silakan.
BERITA SUKAN LUAR NEGARA
Persembahan penyerang sensasi Manchester
United ketika membantu kelabnya menewaskan Chelsea dalam final Piala FA
kelmarin terus mendapat pujian. Terbaru,pengurus Chelsea Carlo Ancellotti
memuji jaringan hatrik pemain Manchester Unitedyang juga penyerang utama
England itu. Menurut beliau lagi, penyerang tersebut mempunyai masa depan yang
cerah dan juga merupakan nadi kepada pasukannya bagi menghalang Chelsea
mempertahankan kejuaraan liga buat dua tahun berturut-turut.
Comments
Post a Comment