Skip to main content
JURNAL HARIAN : ISU SEMASA
Ancaman Daish: Malaysia bertukar maklumat dengan Indonesia - TPM
Anggota polis bantuan melakukan saringan keselamatan terhadap para tetamu
yang mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Timbalan Perdana Menteri. –
fotoBERNAMA
PUTRAJAYA :
Jabatan Imigresen Malaysia akan bekerjasama rapat dengan pihak Imigresen Indonesia
bagi mengelak propaganda militan Daish terus tersebar di negara ini,
kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, lebih 300 pengikut bekas pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Abu Bakar
Bashir, yang sebelum ini dihukum kerana terlibat dengan kegiatan keganasan,
akan dibebaskan daripada penjara sekitar Indonesia.
"Kita bertukar maklumat dengan Indonesia termasuk maklumat mengenai
biometrik cap jari agar mereka yang dibebaskan itu tidak terlepas ke tanah air
kita, dan mempengaruhi mereka yang sudah terpengaruh dengan propaganda Daish di
negara kita,"katanya.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika ditemui di
kediaman rasminya di Sri Satria sempena Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di
sini, hari ini.
Sementara itu, beliau turut menegaskan, pihak polis akan bekerjasama dengan
Jabatan Agama Islam di setiap negeri memantau semua madrasah bagi memastikan
tempat pengajian itu tidak terlibat dengan aktiviti ancaman militan Daish.
Beliau mengesahkan setakat ini pemantauan polis bersama jabatan itu mendapati
tidak ada pembabitan madrasah dengan kegiatan militan Daish.
Comments
Post a Comment