JURNAL HARIAN

WAHHH!!!! HARI INI MERUPAKAN HARI YANG PALING MEMENATKAN PADA MINGGU INI!!!!

Hari ini, saya amatlah penat kerana pada pukul 12 tengah malam tadi, saya datang ke bilik mentor Matematik saya, iaitu Kak Batrisyia Nafisah Mohd Yusri. Kami sekelas selalu memanggilnya Batrisyia atau lebih popular lagi, BAT.. HAHAHAHA

Niat sebenar atau hajat saya ialah untuk datang menyiapkan tugasan Matematik yang terbaru yang diberi oleh Cik Shamim yang merupakan tenaga pengajar subjek Matematik kami. Tugasan-tugasan yang diberikan oleh Cik Shamim tersebut amatlah mencabar kefahaman saya tentang Matematik. Saya suka akan tugasan yang diberikan oleh Cik Shamim itu.

Akan tetapi, tugasan yang diberikan oleh Cik Shamim amatlah banyak. Jadi, saya setinggan bersama mentor saya di dalam biliknya sehingga pukul 4.40 pagi (waktu Sahur)... HAHAHAHA kelakar bukan??? Saya kesian dan amat berterima kasih kepada mentor saya yang ikhlas mengajar saya mahupun tidak sempat tidur kerana ingin menyelesaikan tugas bersama-bersama serta berbincang dan berkongsi masalah-masalah soalan-soalan tersebut. Ada-kala dia yang menolong dan mengajar saya dan ada juga kadang-kala saya yang menolongnya atau mengajarnya pula.. Di sini boleh dikata bahawa kami bersama-bersama menyiapkan serta membincangan tugasan-tugasan Matematik yang diberikan oleh Cik Shamim.

____TERINGAT____

Waktu itu, lebih kurang pada pukul 1atau 2 pagi, saya meminta dia mengejutkan saya selepas 10 minit kerana ingin tidur sebentar akibat terlalu mengantuk... HAHAHA... Kemudian, dia telah mengejutkan saya. Akan tetapi, yang kelakarnya, saya berkata kepada dia setelah dia kejutkan saya, saya kata pada dia, "Akak, 20 minit.. 20 minit..." Saya masih tidak boleh melupakan perkara tersebut. Setelah beliau mengejutkan saya dari tidur, saya terus menyambung kerja-kerja saya. Dalam hati saya berkata, baiknyalah Kak Batrisyia ni, kerana masih ikhlas ingin mengjar saya walaupun perangai saya yang agak megada-ngada ini.. HAHAHA...

Esoknya....

Saya datang ke perhimpunan harian, dan secara tiba-tiba beliau menceritakan apa-apa yang berlaku ketika saya sedang tidur 20 minit di dalam biliknya..

beliau berkata bahawa dia semasa menejutkan saya dari tidur, beliau terpaksa memukul badan saya dengan bantalnya.. dan bermacam-macam lagilah yang dia lakukan semata-mata ingin menejutkan saya dari tidur.

Dan lagi satu,
Sewaktu kelas Matematik, saya bertanya kepada Cik Shamim, bilakah kami sau kelas perlu menghantar tugasan ang diberikan oleh Cik Shamim. Nak tahu tak apa yang menejutkan????
Cik Shamim berkata bahawa tugasan tersebut akan dibincangkan pada minggu depan. Saya mendapat tahu bahawa tugasan tersebut perlulah dihantar pada hari ini. Tahu apa perasaan saya???!!! 'Lu Pikirlah Sendili"

Mgoa hari esok ;ebih bai,dari hari ini...

Comments