JURNAL HARIAN : Ilmu



Ciri-ciri gelaran hormat, gelaran anugerah dan gelaran ikhtisas.

Gelaran Warisan :

contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar :

Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. 

Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Nyak, Teuku dan Teungku (Aceh).

Gelaran Anugerah :

Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za’aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Gelaran Kurniaan : 

 Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu). 39 Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Gelaran Hormat : 

Gelaran Hormat 
• Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda 
• Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia 

Gelaran Ikhtisas :

Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.

Contoh gelaran :

Professor
Doktor
Irsenio
Jeneral
Cikgu
Ustaz

Bahasa sapaan:
Bentuk panggilan  serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka.
Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz
Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor.
Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn. Irsenio.



 

(i) Gelaran Ketrunan:
Juga disebut sebagai Gelaran Warisan.
Gelaran ini diwarisi sejak orang itu lahir.

Gelaran Keturunan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu ;

(a) Gelaran Warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman dahulu atau sekarang.

Contohnya:

1.  Raja = Perak dan Selangor
2.  Tunku / Ungku = Johor dan Negeri Sembilan
3.  Tengku / Engku = Kelantan , Pahang , Kedah dan Terengganu
4.   Pangeran , Pangeran Anak , Pangeran Muda = Brunei  Darussalam

(b) Gelaran Warisan daripada keturunan orang-orang besar.

Contohnya:

1. Abang = Sarawak
2. Datu = Sabah
3.  Awangku, Dayangku  = Brunei
4. Megat, Puteri, Meor = Perak
5. Nik = Kelantan
6.  Tan = Kedah
7.  Tun = Terengganu
8.  Wan = Kelantan dan Terengganu

(c) Gelaran Warisan daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Contohnya :

1. Syed, Sayid = lelaki
2. Syarifah = perempuan

(d) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia:

Contohnya :

Raden (dari Jawa)
Daeng (tanah Bugis)
Sidi (Minangkabau)
Teuku (Aceh)

Gelaran Kurniaan Pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang yang dianggap berjasa.

Didapati melalui pencapaian .

Contohnya:

Tun – Gelaran kurniaaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada lelaki atau perempuan.

Toh Puan- Gelaran untuk isteri kepada Tun.

Tan Sri – Gelaran di bawah Tun, kerniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan perempuan.

Puan Sri- Gelaran untuk isteri kepada Tun.

Datuk- (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia) 
-Gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada orang lelaki dan perempuan.

Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar)- Gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Datin Paduka – gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan negeri Selangor.

Toh Puan- Isteri kepada Datuk di Terengganu.

Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas.

Contohnya:

Profesor Diraja – Untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak bidang akademik.

Profesor – Untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademiknya.

Profesor Madya- Untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik  satu tingkat di bawah Profesor.

Doktor- Untuk orang lelaki dan perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu perubatan dan pembedahan , pergigian dan perubatan veterinar (haiwan).

Cikgu- Untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru.

Comments