JURNAL HARIAN

BERITA TERKINI : NAZ LEBIH CERIA SELEPAS DIBEDAH

Oleh Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Lebih setahun berahsia, akhirnya pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Nazrudin Rahman membuat pengakuan dirinya sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit tumor (Gastro Stomata Intestinal Tumor) yang dikesan di bahagian perutnya. 
 
Menurut Nazrudin, dia mendapat tahu ada tumor di bahagian perutnya ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sungai Buloh pada Oktober 2014.
  
“Saya berasa dunia menjadi gelap seketika apabila doktor memberitahu ada tumor di bahagian perut ketika itu.

“Saya juga mengambil sedikit masa untuk bersetuju menjalani pembedahan kerana macam-macam yang di fikirkan ketika itu terutama tiga anak yang masih kecil.

“Namun, isteri yang banyak memberi semangat dan kekuatan untuk berdepan semua itu sehinggalah menjalani pembedahan membuang tumor di hospital pada April 2015,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 9:39 PM
  
Isteri banyak beri dorongan kepada Naz untuk pembedahan membuang tumor. FOTO NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

Sumber : Berita Harian

Comments