JURNAL HARIAN

RESEPI A&W FLOAT

A&W Float sedapnya..


Yasmin suka sangat A&W Float ni.. Tapi sekarang tak boleh minum selalu kerana saya tak duduk di rumah. Duduk di PERMATApintar College. Jadi, minta mama buat je lah kalau balik rumah.. ><
Biasa kalau jual kat A&W tu mahal lah kan.. jadi kalau buat sendiri puas hati, boleh letak ice cream banyak-banyak. Beli sebotol A&W dah boleh makan kenduri anak beranak.

A&W ni buatnya tak susah mana.. tak ada resepi pun. Janji ada air A&W dan ada ice cream vanilla dah jadi dah A&W float yang sedap!


Jom kita buat..


Mula-mula masukkan ais dalam gelas. Terpulanglah nak banyak mana ice. Yasmin suka ice banyak jadi letak banyak...


Lepas tu tuanglah air A&W dalam gelas yang ada ice tadi. Sebab saya letak ais banyak, air A&W tu saya tak letak dalam peti ais bagi dia sejuk dulu. Kalau kat A&W dengan gelas-gelas sekali dia masuk dalam peti ais, supaya ais cream tu tak cepat cair.


Masa yang di tunggu-tunggu.... Letakkan ais cream vanilla. Terpulang lah nak letak berapa scope. Kalau suka banyak boleh letak banyak-banyak.. Yasmin letak 2 scope aje.. tak boleh banyak sangat nanti hilang rasa air tu pulak!


Lepas tu letaklah straw kalau nak letak sudu pun boleh sebab nanti mudah nak makan ice cream tu..


Apa tunggu lagi... tak kan nak tengok aje.. jemputlah minum... Slurpppp..... brupppp... ahh..



Mmmmm.. Dakk Nye..
(Sedapnya... ^^)

Comments