JURNAL HARIAN

HARI YANG AGAK SEDIH

Hari ini aku agak sedih kerana kawanku yang paling rapat denganku telah melupakan aku. Amat sedih sekali kerana bukan sahaja melupakan aku malah memulau aku.

Ceritanya begini......

 Waktu itu aku, dia dan semua rakan-rakan sekelasku yang lain pergi ke kelas Sejarah. Kami perlu membuat satu bulatan yang besar dan seorang demi seorang perlu memberitahu apa yang difahami tentang bab 4, bab5 dan filem yang kami telah tonton tentang Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Dia telah membuat bising dan telah ditegur oleh guru Sejarah berulang-kali. Jadi guru Sejarah kami menyuruh dia untuk keluar daripada kelas. Tamat kelas, dia terus menangis dengan sangat banyak. Aku memujuknya tetapi dia mengendah dan pergi pada rakanku yang lain iaitu Athirah. Waktu itu aku faham mengapa dia berbuat demikian. Tetapi, apabila dia sudah redha, dia memulauku dengan cara yang teruk. Walhal aku telah banyak menolongnya tetapi dia lansung tidak ingat apa jasa ku pada mu. Akan tetapi, aku masih ingat apa perbuatan baik beliau kepada ku. Aku masih menunggu ucapan 'minta maaf' darimu. Aku hanya ingin mendegar kau meminta maaf kepadaku.

Aku tunggu.....  

 Baru aku faham apa erti SAHABAT...
Terim kasih Kak Zhi Yi kerana telah menyedarkan aku..



Comments