JURNAL HARIAN

      Hari Yang Agak Tenang Bagiku
         Saya ingin menceritakan perjalanan hidup saya pada hari ini. Ini merupakan hari pertama menghantar journal yang ditulis sendiri ke blog. Tiada apa-apa yang menarik pun hari ini. Sekadar hari yang agak tenang dan dan biasa-biasa sahaja bagi saya. Baiklah, mari kita mulakan!

         Pada pagi ini, sekai lagi saya tidak turun untuk mengambil sarapan. Sedangkan setiap pagi pasti pihak Dewan Makan akan menyediakan 3 jenis sarapan. Mesti anda semua tertanya, "Mengapa dia tidak turun mengambil sarapan pagi"?. Ianya kerana saya perlu mengambil masa sebanyak 20 minit untuk mengemas semula bilik saya. Saya perlu memastikan bahawa bilik saya hendaklah sentiasa kemas.

         Semasa perhimpunan rasmi, Dr. Arif telah mengambil terlalu banyak masa untuk berucap di hadapan. Saya tertidur tetapi hanya mengambil masa sebanyak 5 minit sahaja. Pelajaran kami yang pertama hari ini adalah subjek Kimia. Tidak membosankan. Kami hanya menyemak semula kertas peperiksaan kami yang telah ditanda oleh pengajar kami sendiri, Miss Kina.

          Selepas itu, kami berehat sebentar selama 30 minit untuk meneruskan pembelajaran. jadi, subjek seterusnya ialah Bahasa Melayu. Saya suka matapelajaran Bahasa Melayu kerana mudah difahami dan pengajarnya baik dan lawak sekali.

          Seterusnya, Pendidikan Agama Islam. Kami belajar tentang Hadis. Bagaimana hendak tahu mana satukah Hadis Sahih atau Palsu. Setelah tamatnya mata pelajaran tersebut, kami pergi ke Dewan Makan semula untuk menikmati sajian tengah hari. Makanannya sungguh sedap sekali. Tetapi ia tidak boleh menandingi masakan ibu saya.

           Selesai rehat, saya terus naik ke bilik untuk tidur sebentar. 2:30 p.m menandakan pembelajaran bersambung. Kami bersambung dengan mata pelajaran Matematik Asas. Pengajarnya ialah Cik Shamim. Kami menyemak kertas peperiksaan juga dengan pengajar Matematik Asas kami.

           3:30 p.m, kami terus ke kelas prep untuk memulakan prep kami. kelas prep pada waktu itu sangat bising kerana ramai rakan-rakan saya menceritakan banyak kisah. 4: 30 p.m, menandakan kelas pada hari ini tamat.

          Saya dan rakan-rakn saya pergi kolam renang untuk berenang. Sungguh tenang sekali apabila bermain dengan rakan-rakan di kolam renang. 7:40 p.m, saya, Kak Zhi Yi dan kak Nurin Qistina
pergi ke Dewn Makan untuk menikmati sajian makan malam. Enak sekali makanannya.

          Akhir sekali, saya meneruskan dengan amalibadah saya. Saya berharap agar hari esok lebih tenangdaripada sebelumnya.

21/3/2016
Nur Yasmin Nadhirah binti Adam
1K2 
        

Comments