PENULISAN KREATIF

Apa itu Penulisan Kreatif?
*Penulisan kreatif adalah di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik.

Penulisan kreatif hendaklah digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

CONTOH PENULISAN KREATIF
  • Novel
  • Cerpen
  • Puisi
  • Sajak
  • Pantun
NOVEL
  1. Novel ialah cereka yang berbentuk prosa.
  2. Novel ialah cerita yang disampaikan itu terdiri daripada atas plot yang kompleks.
  3. Istilah ‘novel’ diambil daripada bahasa Inggeris.
  4. Perkataan 'Novel' asalnya adalah daripada Bahasa Itali iaitu ‘Novella’ yang bererti satu benda kecil yang baru.
  5. Bersifat pelbagai dan suasana serta latar ceritanya beraneka.
  6. Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen.

CERPEN
  1. Cerpen ialah singkatan kata daripada perkataan cerita pendek.
  2. Cerpen tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif.
  3. Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja.
DRAMA
  1. Drama ialah salah satu bentuk karya sastra.
  2. Drama ialah sejenis cereka yang berbentuk lakonan.
  3. Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksudgerak’.
  4. Jenis-jenis drama ialah tragedi, komedi, tragi-komedi, opera, pantomin dan bangsawan.
SAJAK
  1. Sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima.
  2. Sajak juga tidak mempunyai imbangan bunyi yg tetap dan mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.
  3. Isi-isi dalam sajak pula biasanya berkisahkan unsur pujaan, keagamaan, kesedihan, pengajaran, sindiran, percintaan atau pengisahan.
  4. Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannya terserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada luar sama ada daripada Indonesia atau Barat.
  5. Contoh Sajak :
Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa.

PANTUN
  1. Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu.
  2. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.
  3. Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian.
  4. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan maksud.
  5. Contoh pantun adat ialah :
    Bukan lebah sembarang lebah
    Lebah bersarang dibuku buluh
    Bukan sembah sembarang sembah
    Sembah bersarang jari sepuluh

BAGAIMANA BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM PENULISAN?

i.Penerapan nilai-nilai murni
ii.Memberi keindahan dalam bahasa
iii.Semangat patriotik
iv.Tempat untuk meluahkan idea
v.Menjadi bahan ilmu kepada para pembaca
vi.Menghargai hasil karya sastera

SEKIAN TERIMA KASIH.... ^-^
Nur Yasmin Nadhirah binti Adam
1K2
2/1/2016







Comments

Post a Comment